Make your own free website on Tripod.com

AKTIFKAN ICE PADA TELEFON BIMBIT ANDA

 

APA ITU ICE

 

            ICE ialah singkatan bagi perkataan In Case of Emergency digunakan bagi memudahkan pasukan penyelamat menghubungi waris terdekat mangsa kemalangan/bencana.

 

SITUASI

 

            Anda sedang menikmati percutian di luar negara. Dengan tidak disangka, anda telah terlibat dengan satu kemalangan yang mengakibatkan anda tidak sedarkan diri. Setelah beberapa minit, satu pasukan kecemasan telah tiba untuk memberikan bantuan kepada anda. Pasukan itu telah memeriksa dokumen anda dan mereka akan cuba menghubungi waris terdekat anda dengan menggunakan telefon bimbit anda. Bayangkan, ada berpuluh-puluh nombor yang telah anda simpan dalam telefon bimbit anda dan yang manakah yang akan digunakan oleh pasukan kecemasan untuk menghubungi waris anda?

Jadi, adalah satu keperluan untuk anda mengaktifkan ICE ke dalam telefon bimbit anda.

 

BAGAIMANA MENGAKTIFKAN ICE

 

PERGI KE MENU KENALAN (PHONE BOOK)

 

PERGI KE TAMBAH KENALAN

 

TAIBKAN

‘ICE <> NAMA WARIS <> (HUBUNGAN) <> NAMA ANDA’

CONTOH

ICE MAZ (BROTHER) NIZAM

 

MASUKAN NOMBOR TELEFON DENGAN MENGGUNAKAN KOD ANTARABANGSA

CONTOH

+60123456789

 

PILIH OK/SELESAI UNTUK SIMPAN NOMBOR TERSEBUT

 

            Kini seandainya berlaku sebarang kemalangan keatas diri anda, pasukan kecemasan tidak lagi perlu meneka nombor waris yang akan dihubungi.